Pages

Sunday, December 29, 2013

Street Dakwah :D

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh! 
hehehe, im quite excited for this entry. hohoho

harini, dapat satu pengalaman baru. dapat sahabat seperjuangan baru. dapat jalinkan ukhuwah. seronok sangat rasa! at first, rasa sediiih sangat bila dapat tau sahabat2 tercinta yang diajak tak dapat ikut sekali.. yelaa, org tak pernah ade pengalaman, dengan ilmu yang blum mantap. rasa macam, " layak ke aku? "

but, bila fikir2 balik.. " Allah dah bagi peluang kat kau. Allah dah buka jalan untuk kau. Allah dah bagi kau kelapangan untuk berada dalam jalan nie. why not, kau try. bukan senang dapat peluang mcmnie. " yeahh, tak mudah dapat peluang cmnie. langsung TAK. melainkan, mmg ade kenalan yang kuat + giat dalam aktiviti2 mcamnie..

okeyy, tu blum masuk pointnya lagi.. kalinie nak bebel banyaaaaak pnye! hahaha. andai sudi, habiskanlah bacaan anda dengan tenang dan sabar.. innallaha ma'assoobiriin.. hehe =='

Street Dakwah. 
" ehh, ape tu?"
street dakwah nie, kita berdakwah dengan org awam. jumpa org yg tengah berehat. lepak2. and then, pandai2 intro. seram woo awal2 tu.. huhu.. tapi, kekuatan tu datangnya drpd Allah.. Alhamdulillah, bila kita bantu agama Allah, Allah permudahkan jalan utk kita. 

" ee.. tak takut ke org kutuk ke? org marah ke? org maki ke? "
wahai da'ie2 sekalian, setakat kutuk.. caci.. hina..  maki.. pandang serong.. pandang pelik.. SO WHAT? Guys, Rasulullah s.a.w yang kita cinta dan sayang tuu, lagiiiiiiiiii teruk kena.. kena baling dengan batu.. kena baling dengan najis.. kena pulau dengan saudara2 baginda.. siap ade yang cuba utk mmbunuh baginda lagii tu! setanding ke ape yang kita kena dengan Rasullullah s.a.w alami ? sampai rasa nak give up  secepat itu. itu baru sikit! come on, guys! janganlah lemah sangat. bila lemah, kenang kembali bagaimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat kena dlu sewaktu berdakwah. ade yang terima, alhamdulillah. ade yang tak terima, takpe. kite doa banyak2. kan Allah itu yang memegang hati kita.. JANGAN sesekali hina dan kutuk org yang taknak trima dakwah kita waktu tu. siapa tau, msa akan datang, dia lebih baik drpd kita. tak mustahil, sayang. lagipun, adat lah tu dalam berdakwah. btul tak? macam dalam pertandingan. pasti ada yang menang dan kalah. dalam hdup, pasti ada yang bahagia dan tidak. sesungguhnya, kebahagiaan itu bukan terletak pada mewahnya hidup kita. akan tetapi, kebahagiaan yang hakiki ialah apabila kita mendapat redha daripada Allah. andai kita melakukan sebanyak-banyak amal kebajikan sekalipun, andai Allah tak redha, takde maknanyaa amalan kita tuu.. 

Oryte! Nak share sikit pengalaman tadi. baru nak mula citer nie. mohon kesabaran masih kental di hati. hehe :))

tadi, sampai2 kat tasik tu. tengok semuaaa yang terlibat pakai jubah hitam+ tudung bidang 60/ bulat. ade gak yang berpurdah dan berniqab. Allah~ tergugat pulak rasa di hati nak join. OPS! jangan salah sangka. bukan sebab ape. cuma, sebab pakaian saya tak sama dengan mereka. lari konsep. huhuhu. pastu, ummi dengan walid terpksa menunggu semata-mata nak melayan sikap sy yang tak matang nie.rasa di hati berbelah bahagi. nak dengan taknak. tapii dah sampai. ish3, jangan tiru sikap ini !  asiif, huhuhu :( at last, walid kata, " mastura, g lah hantar dorang ( bcoz my sis join sekali )" then, my mom pun turun. i pun follow je laa.. dengan debaran d hati. dengan rasa hati yang tak tentu arah. pelik sungguh waktu tu. ==' lepastu, daftar semua tu.. salam2, cium pipi, buat macam sunnah ! tu yang buat sy rasa selesa. menenangkan hati yang gundah gulana pada awalnya. sungguh, tak dapat dinafikan! ukhuwah yang terjalin kerana Allah, sangat manis. walaupun tak pernah jumpa. masing2 ramah je. :D 

waiting punya waiting punya waiting,(bnyk nau waitingnyee. hehe :D ) sebab ade yang masih blum sampai. 
akhirnya, dipanggil utk taklimat terakhir. Nak tau something tak? hmm, majoriti yang ade waktu tu.. under 20.. Allah~ hati tu, tak tau nak describe cemana.. lepastu ade yang ke depan, share ilmu.. bagi kata2 semangat semua tuu.. ingatkan kami utk tajdid niat semula.. yang lebih awesome, yang handle prog nie, baru umo 15. dah berpurdah. waktu bercakap, Subhanallah, mantap ! Kagum sangat. at the same time, tak bole nak nafi laa, hati terusik. rasa diri kerdil sangat. rasa diri hina sangat. rasa diri jahil sangat. Allah~ 

okeyy, kalo nak citer semua, memang tak larat nak baca laa.. hoho ==' so, next!
kteorg d bhgikan kpd 1 kumpulan, 4 org. spontanious partner. die main petik je sape yg die nak. Alhamdulillah, grup sy semua ukhti2 yang baru nak kenal. dapat sahabat baru :D andddd, they're amazing! sangat peramah. im glad to be with them. hehe

kami ade dua tugasan. Flashmob. Street dakwah.
" Flashmob tu ape pulak? " 
no worries, mehh.. saya nak bagitau.. hehe.. hmm, ingat tak waktu pilihanraya. dekat traffic light. tepi jalan. org duk pegang manila kad laa. poster la. utk suruh mengundi semua tuu. haaa, itulah yang kami buat. kami duk tepi jalan, tayang poster yang dah d sediakan. senyum kat orang ramai. at first tu, rasa MALU sangat. haha. tak tau kenapa. tapii, bila dapat respon yang baik, pakcik2 senyum.. bagi thumbs up kat kami.. suruh kami truskan. Allah~ nikmatnyaaa rasa waktu tuu ! :) lepastuu kan, waktu tengah duk brtentangan dgn bus stop tu. tunjuk laa mcm biasa. tgk respon passenger2 dlm bas tu. macam biasa, ade yang positif, ade yang negatif. yang lawaknye, wktu tu kan agak panas. yelaa, duk kat divider tu. berdiri macam anak patung. tayang poster semua. ttbe, driver bas tu kata, " dik, panas tu." kami hanya mampu senyum. dalam hati, " abg, panas dunia tak setanding dengan panas akhirat bang. usaha kami, amal kami. masih sikit. ini jelaa yang kami mampu buat utk sumbang pada jalan Allah. " satu jam kami buat flashmob. hohoho. lepastu, semua kumpul balik, then gerak sesame g solat zohor after lunch. 

Inilah yang kami buat. hehe :)

ohh, terlupa! kisah di tegur oleh pihak pak polisi. hehehe. cenni, kami kan pegang poster semua tu. dok buat flashmob. jalan berkumpulan. pahtu, depa nie dok ingat kami nak buat demo sebab harga barang naik semua tu. hahaha, rasa nak gelak je. lepas dah terang semua tu, depa kata lah, kalo nak selamat buat semua nie, kena ikut prosedur. buat surat semua tu. yang bagusnya, depa sokong apa yang kami buat. malah, suruh kami buat lagi di masa akan datang. Alhamdulillah. :)

after solat. short briefring. then tukar keje pulak. buat street dakwah. waktu nie, rsa semangat berkobar-kobar dalam jiwa! hoho. tak tau kenapa. mungkin sebab dh njoy buat flashmob tadii. hehe. kamii jalan, jumpa target kami, dan sapa dia/mereka sbgmna sunnah Rasulullah s.a.w.. salam, cium pipi. minta izin bg masa. then, mulakan mission kita! hehe :) alhamdulillah, setakat yang kami jumpa. adelaa dlm 8-9 org kot. respon semua baik2. mereka ade niat utk berubah. malangnya, major prob yang kami dengar, masalah persekitaran. kawan-kawan. So, kami pun bagi sokongan semua tu. bagi no fon, andai ade yang nak bantuan. ade satu saudari yang kami jumpa nie, pakai bju lengan pendek. tudung pendek. masa kami sembang2 tu, dia seolah-olah nak menangis! katanya, naaak sangat berubah. masalahnya, KAWAN2 ! haihh, sediih dengar. ade jugak yg kes sama, lpstu ade hntr whatsapp kat saya. katnya," akk, sy nak sgt improve dr segi pakaian. tapi sbb sekeliling mcm xsupport. sy batalkan niat saya. " Allah~ hiba rasa hati. sy pun offer lah diri utk bntu die. pujuk die. buat lah ape yg patut. yang tambah buat saya sedih nie, die kata " jujur laa kak. saya ade je kawan2 yang mcm akk. tapi dorang pndg sy SEBELAH MATA je.. " terkedu saya d buatnya. 

guys, mereka nak berubah. jangan lah bersikap macamtu. tak comel lah. bimbing lah mereka. dekatilah mereka. sokonglah mereka. kuatkanlah mereka. mereka perlukan kita! sedarlah! kata nak ke Jannah sesame! hmm.. THINK ABOUT IT WISELY AND TAKE AN ACTION !

ade jugak jumpa sorang non-muslim nie. tanya lah pendapat die ttg wanita islam yang pki tudung pendek, baju ketat semua tu.. answer die," bagi sy, kalo nak pakai macamtu, baik takpayah lah. memalukan agama sendiri lah. kadang mereka lebih teruk dari kami. " uishh, tersentap ! sangat! tapi, nak act cool kannn? so, smbg lah mcm biasa. 

Allahu Allah~ non-muslim pun care pasal bnde nie. MALU lah, sayang.

 aurat kita maruah kita. 
aurat kita mahkota kita.
aurat kita perhiasan kita.
aurat kita martabat kita.

now, look. lelaki, pandang perempuan yang tak tutup aurat dengan sempurna nie dengan pandangan nakal tau? bukan dengan rasa hormat semua tu. lagipun, dalam kes sekarang nie, banyak yang kena aim utk kes rogol semua tu, perempuan yang mcm mne? anda bole jawab sendiri. mereka tak berani nak ganggu kita andai kita brpakaian mengikut syariat. sy dh post psl aurat. bole refer post yg sblum nie. :) ikut perintah Allah, confirm selamat! tak perlu risau.

" Weyh, kau tau kan. semua yang jadi kat dunia nie, atas izin Dia. even gugurnya sehelai daun pun dengan pengetahuan Dia. inikan pulak semua yang jadi kat kita. kau takyah risau lah weyh kalo semua nak bash kau ke. yang penting Allah suka apa yang kau buat. orang nak  kata kau kolot? so what? biar kolot d dunia, jangan kalut  di akhirat. "

Rasanya, kalo nak citer semua........ memang tak ckup. so, i'll end my story kat sini. ameklah iktibar. andai ade yg keruh dalam entry kalini, mohon d abaikan. tegur lah saya. saya manusia biasa. buat salah jugak. buat dosa juga. tanpa noktah. cant deny. hmm, so thanks for reading till the end of the story. maaf andai ade salah dan silap. jumpa di entry seterusnya, biiznillah..

wallahu'alam :)

Tuesday, December 10, 2013

Pinta yang TERBAIK ! :D

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semuaa! bertemu kembali.. moga semua dlm keadaan sihat sejahteraa :D cehh, bajet mcm ramaii en? takpe2.. 

oryte! today's entry is about " Ask for the BEST ! "


" Ya Allah, aku nak dapat straight A dalam periksa nanti."
" ya Allah, aku nak sangat dpat kerja tu.."
" ya Allah, aku nak sangaat jadi orang yang kaya.."

hmm, sape pernah doa mcm tuu? jawab dalam hatii.. hanya anda yg ada jawapannya.. jika anda salah seorg daripadanya, teruskan membaca.. jika bukan, ermmm... bole je truskan mmbaca, kalo sudi :)

saya tak salahkan anda.. tapi cuba fikir baliik.. bila kita doa mcmtu.. YES, mungkin kita dapat apa yg kita nak.. tapi kalo bnde yg kita mintak dan kita dapat itu bukan yang terbaik, tak rasa RUGI ke?? yelaa, fitrah laa tu.. nak kan kejayaan.. nak jadi kaya.. nak kerja yang best2.. tu saya SETUJU 100%..  tapi, kena ingat, tak semua yang kita nak itu baik utk kita..btul tak? sepertimana yang tertera dalam gambar di atas.. Allah sendiri dah berfirman... sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.. honestly, dulu.. saya pun doa macamtu jugakk.. but, after dengar ceramah seorg insan nie.. baru sy tersedar.. nak tau takkk  dia  kata apee? hehehe, ayat dia lebih kurang mcmnielaa.. 

" okeyy, anda berdoa minta di panjangkan usia kawan anda.. 'Ya Allah, Kau panjangkanlah usia si fulan ya Allah..' tapi sedar tak sedar, kalo dia d lanjutka usia.. dan melakukan kemungkaran, ANDA tanggung dosa dia.. sebab apa? sebab andalah yang mndoakan dia agar di panjangkan usia.. sepatutnya, anda doa begini.. ' Ya Allah, Kau panjangkanlah usia si fulan agar dia melakukan amal soleh dan semakin beriman kepadaMu..' setidaknya, kalo dia melakukan kmungkaran, anda tidak menanggung dosanya sebab anda berdoa agar dia d panjangkan usia utk beriman kpd Allah dan bukan untuk melakukan kemungkaran.. "

bila fikir2 baliik, btul jugak! tak semua yang kita nak tu, baik utk kita.. sejak tuu, saya lbih suka mintak yang terbaik.. andai kejayaan dlm peperiksaan itu terbaik buat saya, Alhamdulillah.. at least, kalo kita dapat markah tak seperti yang kita target pun, kita bole laa pujuk hati.. " kan kau dah minta yang terbaik.. mesti nie yang terbaik untuk kau.. Allah has a better plan for you! no worries laa.. " daan, kembali senyumm :D

oryte! so, why dont kita tukar ayat kita semasa brdoa?

" Ya Allah, andai straight A itu yang terbaik buatku, Kau kabulkanlah, Ya Allah.."
" ya Allah, andai kerja itu baik untukku, Kau berilah aku rezeki utk bekerja di situ.."
"ya Allah, jika dengan mnjadi kaya aku akan mendekatkan lagi diriku kepadaMu, Kau bantulah aku, ya Allah.. "


mungkin ada yang tak se-fikrah dengan saya.. saya hanya berkongsi apa yang sy fikirkan... tak rasa relevan? takpee, tinggalkan je.. tiada sebarang paksaan pun untuk anda menerima apa yg saya katakan.. itu HAK anda.. no worries, kawan! :)

okeylaa, tu je.. tetibe trfikir pasal nie.. mohon maaf andai ada yg terasa hatii.. huhuhu.. moga anda tidak mengambil dr sudut yang negatif ye? ampun di pinta sekali lagii.. andai ada yang salah, mohon teguran dari anda.. rasa2 takut nak tegur depan2, takpee.. ask.fm kan adee :)

wallahu'alam.. insyaAllah, panjang umur + kerajinan itu datang, kita jumpa lagii in the next entry~ Assalamualaikum! *waving hand* :)