Pages

Thursday, December 24, 2015

Formula mudah tajwid :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semuaaa !

Harini nak kongsi sikit tentang formula mudah tajwid di mana, dengan mengetahui benda yang kecik-kecik ni.. Akan memudahkan lagi bacaan al-Quran kitaa, insyaAllah..

So, disertakan dua gambar yang berkaitan dengan apa yang akan dikongsikan :

Gambar 1 :
Garisan tanwin atas dan bawah yang selari dan tanwin baris depan yang terbalik kedudukannya.
Gambar 2 :
Garisan tanwin atas dan bawah yang tak selari dan tanwin baris depan yang sama kedudukannya.
Okeyy, sekarang bahagian penjelasan pulak. Jangan risau ! Penjelasan yang sangat simple :)

Gambar 1, bacaannya tak perlu didengungkan.  Maksudnya, sebutan bacaannya akan jadi jelas.

Manakala Gambar 2, bacaannya perlu didengungkan dengan 2 harkat. Jadi, sebutan bacaannya akan terikat dengan huruf selepasnya. 

Pening? Masih tak faham apa yang saya maksudkan?

Pergi bukak al-Quran sekarang dan cari tanda baris yang saya katakan. Cuba kaji dan tengok balik. 

InsyaAllah anda akan faham apa yang saya katakan . Selamat mencuba! 

Semoga ada kebaikannya perkongsian kali ini. Terima kasih kepada pemilik segala ilmu, Allah Ta'ala atas segala ilmu yang dipinjamkan. 

الله اعلم

Sunday, November 1, 2015

The BEST planner.

بسم الله الرحمن الرحيم

It's been a while since it had been a hectic day back then.
But, الحمد الله I managed to survive.

Perancangan Allah cukup indah. 
Cuma saat kita melaluinya, kita masih terawang-awang sebab kita tak nampak apa hikmah disebalik semua itu. Lagi-lagi, saat kita lalui semua tu laa iman tengah down sangat. huhu

Teringat saat Allah uji untuk membuat pilihan sama ada memilih USIM dengan course Syariah dan Undang-Undang ataupun memilih tajaan MARA untuk ke New Zealand selepas 2 tahun di Kolej Yayasan Saad, Melaka untuk course accounting. Waktu tu memang teruji. 

Ummi walid pesan,
"buat keputusan elok-elok. Jangan sampai menyesal."
" solat istikharah lah. Mintak Allah tunjuk mana yang baik untuk kau."
and it continues dengan nasihat-nasihat yang lain. Maklumlah, makayah mana yang taknak tengok anak dia bahagia. 

Then, ummi bagi cadangan buat pros and cons untuk kedua-duanya. I did senarai tu.
And I found out, I'm in dilemma.

Tiba hari pendaftaran di USIM, Allah~ dia punya pressure tuu. hanya Allah yang tahu. punyalah lama duk pikir nak pilih yang mana. Dipendekkan cerita, Syazwani pilih tajaan MARA. So we did go to USIM untuk ambil balik bayaran yang dah dibuat.

Malam tu, dapat tau yang kat KYS mostly kna pakai seluar,  yang mana Syazwani sangat tak suka pakai seluar bila keluar. Sangat-sangat-sangat tak suka. memang malam tu dah rasa tak sedap dah. Tapi, keputusan dah dibuat. Mana mungkin boleh di undur kembali. Sebagai ummi yang punya firasat keibuan yang sangat kuat. Ummi asyik tanya, " kau betul ke ni okey? nak menyesal pun dah takboleh kan.." and I was like, " ye, syaz okeyy je." *smbil mengangguk dalam keresahan hati* pagi tu sebelum subuh, nampak ummi menangis. tersentak jugak. kenapa nangis tibe2. then ummi datang peluk erat2. Ya Allah, apa aku dah buat. by the time ummi peluk, I did cried jugak. Ummi tanya lagi buat kesekian kalinya, "betul ke ni kau okeyy?" but then Syazwani teragak-agak nak jawab. yelaa, hati tengah resah sebab rasa macam dah salah buat pilihan. Dan! Takkan dapat disangkal. Naluri ibu memang kuat. Allah bagi kelebihan mcm tu pada seorang ibu. So, lepas je ummi dah gerak g sekolah. Syazwani pun mundar mandir kat ruang tamu cari cara macam mana kalo aku nak masuk USIM balik. Malu memang malu. sebab dah siap buat tuntutan semula duit untuk keluar. Tapi, Allah bagi kekuatan dan keberanian untuk call dan urus sendiri. Cari tau balik kalo nak masuk kena buat macam mana? Pergi mana? Rujuk mana? For the first time ever, I did it on my own. Biasanya benda-benda macamtu, walid je yang settlekan. 

So satu perubahan positif telah berlaku. Alhamdulillah.

Once dah dapat masuk USIM. memang agak banyak jugak lah pertanyaan. 
" kenapa tolak MARA?"
" tak sayang ke? peluang bukan selalu datang.."
" Serius ke weyh kau tolak MARA? pergi NZ weyhh. aku kalo dapat, confem aku pergi."
and so on.

My life continues. Alhamdulillah. Im happy to be there. So many things I've learned there. Ditambah dengan lecturer-lecturer yang hebat. Sahabat-sahabat yang mesra dan selalu sudi membantu. Bijak-bijak mereka tu. Memang happy. Alhamdulillah. Btw, law takde lah teruk sebenarnya. Quite interesting. sebab kita dapat tau hak kita apa. and it actually melibatkan hidup kita sendiri. that's why I said it is interesting. 

Maka berlalulah hari demi hari sambil sungguh-sungguh kutip ilmu kat USIM.

Daaan tiba-tiba, hari tu tiba... 

(sebab kita tak mampu nak jangka perancangan Allah)

Selepas beberapa minggu di USIM. Saya keluar USIM dan masuk KUIS. Sampai sekarang bila orang tanya "macam mana boleh pergi sana (KUIS) pulak?" " kenapa kat KUIS pulak?" dan soalan yang seangkatannya, saya tak tau nak cakap macam mana. "Semuanya perancangan Allah." itu je lah yang mampu di katakan.

Sepanjang menjalani hari demi hari di KUIS, Allah tunjuk satu demi satu hikmahnya sehingga menyebabkan diri ini menangis sendiri kenangkan betapa besarnya kasih sayang Allah. Tapi diri ni sukar sangat nak bersyukur. Cepat sangat leka dengan keindahan dunia yang sementara. 

Maafkan hamba, ya Allah. 

Okeyy, sepertinyaaaa. Cerita kat atas tu tak tau untuk apa. ==' memandangkan dah taip, biar jelah. Semoga nampak yang tersirat di sebalik kisah tu.

Jadiiii, isinya disini adalah :

1) Setiap ujian yang Allah bagi kat dunia ni. taklain tak bukan untuk kebaikan kita sendiri. mgkin makan masa untuk kita lihat hikmahnya. tapi, bersabarlah dan yakin bahawa Allah TAHU apa yang Dia lakukan. 

2) Bila dah sedar hikmahnya, cepat-cepat lah bersyukur dan mohon ampun kat Allah kalo-kalo waktu awal-awal tu kita mengeluh ataupun bersikap tak redha. 

3) Kalo tak sedar-sedar jugak, silalah mohon Allah tunjuk hikmahnya dan buka hati untuk yakin dengan perancangan Allah. PASTI, takkan ada kekesalan melainkan kesyukuran atas perancangan Allah.

4) . . . . . . . . . .  (sila isi sendiri)

Pointnya simple je sebenarnya. cerita yang melalut tu taktau lah untuk apa. ==' mungkin boleh disimpan sebagai kenangan bila baca balik after end of Diploma. ^^'

Moga ada manfaatnyaa perkongsian kali ini. Mohon maaf untuk segalanya. Terima ksih untuk segalanya. Especially ummi dan walid tersayang. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan dunia dan akhirat kita. Semoga kita dapat memanfaatkan ilmu yang kita ada untuk menyumbang kepada ummah. 

.الله اعلم، الحمد الله لكل حال

Thursday, July 23, 2015

I'll never be perfect

بسم الله الرحمن الرحيم


Manusia biasa. Mana pernah ada yang terlepas dari buat salah. Usaha lah sekeras mana sekali pun, pasti ada sesuatu kesalahan yang akan terzahir, meski hanya sebesar zarah dan hanya kita sendiri yang tahu. Meski pada insan lain, kita terlihat sempurna. Semuanya kerana الله dah tutupkan aib kita. Biasa dah dengar "الله  tutup aib kita" Tapi kita? Kita selalu terlupa sampaikan satu tahap tu, kita sombong dengan الله  konon-konon kita ni suci. Kita lupa bahawa الله yang tutup aib kita dan Dia juga yang buat kita terlihat sempurna pada mata insan lain.

Sama macam saya. Hanya manusia biasa yang tak pernah lepas dari kelalaian. Dan ada ketika tersasar dariNya. Masih dan akan sentiasa memerlukan bimbingan dan peringatan agar tidak tersasar terlalu jauh dan terlalu lama. 

Sebab manusia biasa macam saya, ada hati dan perasaan. Mudah terguris dan mudah tersentuh. Ada kalanya ego melangit sehingga lupa diri siapa di dunia ini.

Jadi, 

Sekiranya anda mengharapkan dan membayangkan Syazwani Celemans yang 
sentiasa baik dalam setiap perbuatan, 
Sentiasa baik dalam setiap kata-kata,
Sentiasa dengar kata,
 Sentiasa bersikap positif,
Untuk dijadikan teman.

Maafkan saya.

Saya bukan insan yang anda cari.

 Sebab saya takkan pernah sempurna.
Akan ada saat di mana saya terlihat buruk dalam tindakan,
Akan ada saat di mana saya mengungkapkan kata-kata yang tidak molek sehingga buat insan lain terguris,
Akan ada saat di mana saya tegar dan ego saat insan lain menasihati sehingga menyebabkan insan yang menasihati itu terguris perasaannya,
Akan ada saat di mana saya mudah berputus asa dan sukar untuk bersabar dalam ujian yang menimpa.


Tapi,

Sekiranya anda sudi menerima kekurangan saya dengan hati yang terbuka, maka saya gembira untuk menjadi teman anda.

Lagipun, kan memang itu tugas manusia. Fungsi persahabatan itu sendiri memang untuk saling menguatkan, saling mengingatkan tentang الله , saling menjaga agar sentiasa berada di jalan yang betul. 

Kenapa perlu expect insan yang sempurna untuk menemani bila kita sendiri banyak kekurangannya?

Fikirlah. Apa perasaannya bila kawan kita selalu pandang slack kat kita bila kita buat salah. Acah-acah dia tu sempurna. Tegurlah bila nampak kesalahan dia. Tapi, menegur tu pun ada caranya. Tak perlu umum sehingga memalukan insan tu. Andai anda jadi dia, dan anda ditegur atas kesilapan anda yang memang memalukan secara umum, tak ke terasa seperti maruah kita tercalar? 

Makanya,

Sebelum menegur tu. Cari cara yang terbaik. Fikir dulu macam mana perasaan kita bila insan lain tegur kita dengan cara yang kita nak guna tu. Lagi-lagi yang tegur tu insan yang rapat dengan kita. Tak ke nanti keruhkan hubungan persahabatan tu sendiri?

  استغفر الله العظيم

Moga الله  ampunkan dosa kita semua dan semoga الله menghantar insan-insan yang akan membawa kita semakin dekat denganNya. 

Aamiin :')

Maafkan saya atas semua kesilapan dan kealpaan saya. Saya takkan pernah sempurna. 

Wallahu'alam.

Sunday, February 8, 2015

Bantu aku?

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertikaian demi pertikaian.

Persoalan demi persoalan.

Perbalahan demi perbalahan.

Pergaduhan demi pergaduhan.

Bila nak wujudkan ruang damai?

Bila nak sambungkan kembali tali ukhuwwah?

Ukhuwwah yang dijalin atas nama Ilahi.

Bila?

Andai asyik pertikaikan kelemahan sahabat.

Andai asyik mencari silap sahabat.

Andai asyik mencerca perubahan sahabat.

Andai asyik mengungkit kisah silam sahabat.

Tak sedar?

atau. . . . .

pura-pura tak sedar?

Mungkin lagak kau seperti insan yang mengerti.
Peritnya perjalanan yang dilalui oleh sahabat kau.

Tapi,
Apa yang kau buat?

Kau lemahkan dia saat dia tersungkur!

Kau abaikan dia saat dia sangat perlukan sahabatnya.

Kau tinggalkan dia atas alasan dia takkan berubah.

Itu yang kau panggil sahabat?

Mana kau tahu dia takkan berubah?

Hidayah milik Allah.
Kau wajib untuk terus mencuba.

Dan.

Kau sepatutnya hulur tangan kau dan sambut dia! Bukan hanya lihat dia jatuh tersungkur dan terus hanyut. Sambil kau terus mencaci dia kerana kembali ke zaman silamnya.

Itu bukan sahabat sejati.
Itu bukan ukhuwwah yang dibina atas nama Illahi.

Jernihkan semula persahabatan kau.

Bantu dia saat dia perlukan. Tarik dia kembali kepada Allah. Bukan biarkan dia terkapai-kapai lemas dalam lautan dunia.

Kuatkan dia dengan kekuatan kau. Bukan lemahkan semangatnya dengan mengungkit-ungkit kesilapannya yang silam.

Saling ingatkan bila terlihat. Ada ura-ura dia mula menjauh dari yang Maha Esa. Jangan pernah bosan!

Itu tugas sahabat sejati.

Bukan mencaci. Bukan menghina. Bukan menghukum. Apatah lagi meninggalkan.

Apa guna kau jadi sahabat tapi kau biar dia hanyut dalam dunia?

Apa guna kau jadi sahabat tapi kau sumbat dia dalam lubang jahil?

Apa guna kau seorang sahabat yang berilmu tapi ilmu kau, kau siakan?

Apa guna kau jadi sahabat tapi bila berdoa kau lupa dia malah kau ingat si dambaan hati? Yang belum tentu membawa pahala buat diri kau.

Sebab diri aku yang dulu.
Terlalu teruk untuk diceritakan.

Maka,
Aku mulakan langkah yang baru.
Kembali menjaga apa yang sepatutnya aku jaga.

Jadi aku mohon.

Bantu aku.

Dan aku mohon.

Kuatkan aku. Biarkan sisi buruk aku yang kau kenal dulu terkubur dalam2.

Aku sendiri takut untuk kembali ke zaman itu.

Apa kau sudi bantu aku, wahai sahabat?