Bismillahirrahmanirrahim.
Pertikaian demi pertikaian.
Persoalan demi persoalan.
Perbalahan demi perbalahan.
Pergaduhan demi pergaduhan.
Bila nak wujudkan ruang damai?
Bila nak sambungkan kembali tali ukhuwwah?
Ukhuwwah yang dijalin atas nama Ilahi.
Bila?
Andai asyik pertikaikan kelemahan sahabat.
Andai asyik mencari silap sahabat.
Andai asyik mencerca perubahan sahabat.
Andai asyik mengungkit kisah silam sahabat.
Tak sedar?
atau. . . . .
pura-pura tak sedar?
Mungkin lagak kau seperti insan yang mengerti.
Peritnya perjalanan yang dilalui oleh sahabat kau.
Tapi,
Apa yang kau buat?
Kau lemahkan dia saat dia tersungkur!
Kau abaikan dia saat dia sangat perlukan sahabatnya.
Kau tinggalkan dia atas alasan dia takkan berubah.
Itu yang kau panggil sahabat?
Mana kau tahu dia takkan berubah?
Hidayah milik Allah.
Kau wajib untuk terus mencuba.
Dan.
Kau sepatutnya hulur tangan kau dan sambut dia! Bukan hanya lihat dia jatuh tersungkur dan terus hanyut. Sambil kau terus mencaci dia kerana kembali ke zaman silamnya.
Itu bukan sahabat sejati.
Itu bukan ukhuwwah yang dibina atas nama Illahi.
Jernihkan semula persahabatan kau.
Bantu dia saat dia perlukan. Tarik dia kembali kepada Allah. Bukan biarkan dia terkapai-kapai lemas dalam lautan dunia.
Kuatkan dia dengan kekuatan kau. Bukan lemahkan semangatnya dengan mengungkit-ungkit kesilapannya yang silam.
Saling ingatkan bila terlihat. Ada ura-ura dia mula menjauh dari yang Maha Esa. Jangan pernah bosan!
Itu tugas sahabat sejati.
Bukan mencaci. Bukan menghina. Bukan menghukum. Apatah lagi meninggalkan.
Apa guna kau jadi sahabat tapi kau biar dia hanyut dalam dunia?
Apa guna kau jadi sahabat tapi kau sumbat dia dalam lubang jahil?
Apa guna kau seorang sahabat yang berilmu tapi ilmu kau, kau siakan?
Apa guna kau jadi sahabat tapi bila berdoa kau lupa dia malah kau ingat si dambaan hati? Yang belum tentu membawa pahala buat diri kau.
Sebab diri aku yang dulu.
Terlalu teruk untuk diceritakan.
Maka,
Aku mulakan langkah yang baru.
Kembali menjaga apa yang sepatutnya aku jaga.
Jadi aku mohon.
Bantu aku.
Dan aku mohon.
Kuatkan aku. Biarkan sisi buruk aku yang kau kenal dulu terkubur dalam2.
Aku sendiri takut untuk kembali ke zaman itu.
Apa kau sudi bantu aku, wahai sahabat?