بسم الله الرحمن الرحيم
Manusia biasa. Mana pernah ada yang terlepas dari buat salah. Usaha lah sekeras mana sekali pun, pasti ada sesuatu kesalahan yang akan terzahir, meski hanya sebesar zarah dan hanya kita sendiri yang tahu. Meski pada insan lain, kita terlihat sempurna. Semuanya kerana الله dah tutupkan aib kita. Biasa dah dengar "الله tutup aib kita" Tapi kita? Kita selalu terlupa sampaikan satu tahap tu, kita sombong dengan الله konon-konon kita ni suci. Kita lupa bahawa الله yang tutup aib kita dan Dia juga yang buat kita terlihat sempurna pada mata insan lain.
Sama macam saya. Hanya manusia biasa yang tak pernah lepas dari kelalaian. Dan ada ketika tersasar dariNya. Masih dan akan sentiasa memerlukan bimbingan dan peringatan agar tidak tersasar terlalu jauh dan terlalu lama.
Sebab manusia biasa macam saya, ada hati dan perasaan. Mudah terguris dan mudah tersentuh. Ada kalanya ego melangit sehingga lupa diri siapa di dunia ini.
Jadi,
Sekiranya anda mengharapkan dan membayangkan Syazwani Celemans yang
sentiasa baik dalam setiap perbuatan,
Sentiasa baik dalam setiap kata-kata,
Sentiasa dengar kata,
Sentiasa bersikap positif,
Untuk dijadikan teman.
Maafkan saya.
Saya bukan insan yang anda cari.
Sebab saya takkan pernah sempurna.
Akan ada saat di mana saya terlihat buruk dalam tindakan,
Akan ada saat di mana saya mengungkapkan kata-kata yang tidak molek sehingga buat insan lain terguris,
Akan ada saat di mana saya tegar dan ego saat insan lain menasihati sehingga menyebabkan insan yang menasihati itu terguris perasaannya,
Akan ada saat di mana saya mudah berputus asa dan sukar untuk bersabar dalam ujian yang menimpa.
Tapi,
Sekiranya anda sudi menerima kekurangan saya dengan hati yang terbuka, maka saya gembira untuk menjadi teman anda.
Lagipun, kan memang itu tugas manusia. Fungsi persahabatan itu sendiri memang untuk saling menguatkan, saling mengingatkan tentang الله , saling menjaga agar sentiasa berada di jalan yang betul.
Kenapa perlu expect insan yang sempurna untuk menemani bila kita sendiri banyak kekurangannya?
Fikirlah. Apa perasaannya bila kawan kita selalu pandang slack kat kita bila kita buat salah. Acah-acah dia tu sempurna. Tegurlah bila nampak kesalahan dia. Tapi, menegur tu pun ada caranya. Tak perlu umum sehingga memalukan insan tu. Andai anda jadi dia, dan anda ditegur atas kesilapan anda yang memang memalukan secara umum, tak ke terasa seperti maruah kita tercalar?
Makanya,
Sebelum menegur tu. Cari cara yang terbaik. Fikir dulu macam mana perasaan kita bila insan lain tegur kita dengan cara yang kita nak guna tu. Lagi-lagi yang tegur tu insan yang rapat dengan kita. Tak ke nanti keruhkan hubungan persahabatan tu sendiri?
استغفر الله العظيم
Moga الله ampunkan dosa kita semua dan semoga الله menghantar insan-insan yang akan membawa kita semakin dekat denganNya.
Aamiin :')
Maafkan saya atas semua kesilapan dan kealpaan saya. Saya takkan pernah sempurna.
Wallahu'alam.
