بسم الله الرحمن الرحيم
Cukup
tiga sem telah berlalu. Sekarang dah mula cuti sem. Lama tak lama, dekat dua
bulan jugaklah.
Teringat
dulu sebelum pindah belajar ke sini. Ramai yang pertikaikan keputusan aku untuk
pindah. Membezakan taraf universiti tempatan dan universiti swasta. Pada aku,
swasta atau tempatan bukanlah isunya. Tetapi, cara kita menilai dan menghargai
ilmu itu lebih utama. Tak semua pelajar universiti tempatan berjaya, tak kurang
jugak pelajar universiti swasta yang berjaya. It's all depends on how you value
it.
Dulu,
semasa pertemuan pertama mentor mentee. Soalan popular selepas disuruh
perkenalkan diri, " Kenapa pilih course ni?"
Waktu
tu, macam-macam jawapan yang aku dengar dari kawan-kawan sekeliling.
Jawapan
daripada bakal hafiz-hafizah yang baru nak mula,
"
Mak ayah saya suruh saya ambil course ni."
"
Sebab course ni je yang saya dapat."
"
Family saya yang daftarkan saya. Saya ikut je."
"
Saya memang nak ambil course ni. Nak cuba menghafal."
jawapan
daripada hafiz-hafizah yang berpengalaman,
"
Sebab saya nak mengulang. Saya takut hilang nikmat ni."
"
Nak habiskan hafalan. Kat sekolah tahfiz dulu tak sempat habiskan."
Aku?
Dengan
jujurnya + selambanya aku jawab, " Saya dengki dengan orang yang meghafaz
al-Quran." Dan-dan kena pandang. Aku pun jelaskan, " Saya dengki
dengan orang yang menghafaz al-Quran. Saya dengki dengan orang yang hidup
dengan al-Quran. Kalau boleh, saya nak macamtu jugak." Terus tertunduk
malu. Mungking sebab perkataan dengki itu kedengaran kurang baik. Dan mungkin
aku malu sebab majoriti mereka memang dah pernah menghafal. Sedangkan aku? Baru
hendak mula. Surah lazim pun sangkut lagi, inikan pula surah yang panjang.
Hari
demi hari berlalu,
Aku
dapat lihat dengan jelas, kenapa Allah pilih aku untuk ke sini.
Kata
orang,
"
Alaa, hafal al-Quran je. Kat mana-mana pun kau boleh buat. Bila-bila kau nak
pun kau boleh buat. Yang penting, kau usaha."
Pada
aku, tak semudah itu. Mungkin faktor iman yang terlalu lemah dan mudah
terpengaruh dengan benda-benda lagha ni. Aku jadi rasa susah nak jadikan impian
tu sebagai sesuatu yang nyata jika aku bersendiri. Aku perlukan bi'ah (suasana)
yang menggalakkan aku untuk hidup dengannya. Dan kerna itu, Allah hantar aku ke
sini.
Sedangkan
bila hidup dengan bi'ahnya pun, aku kadang-kadang tersungkur. Inikan pula jika
aku sendiri. Sedangkan bila hidup dengan bi'ahnya pun, aku boleh lost. Inikan
pula jika aku sendiri.
Sungguh,
Aku
masih belum mampu lazimi diri dengannya.
Aku
masih belum mampu menjaganya dengan baik.
Aku
masih belum mampu untuk lawan rasa malas.
Aku
masih belum capai banyak perkara.
Semoga,
Allah
beri aku peluang untuk aku rasai nikmat hidup dengan Al-Quran.
Semoga,
Allah
beri aku peluang untuk aku kembali pada-Nya.
Semoga,
Allah
kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran.
Semoga,
Allah
beri aku peluang untuk aku bahagiakan ummi dan walid di akhirat kelak.
Semoga,
Allah
kurniakan aku apa yang aku hajati sekiranya itu yang terbaik. Dan jika apa yang
aku hajati itu, bukanlah yang terbaik untuk aku dan hidupku, semoga Allah kurniakan
aku hati yang tenang untuk menerima ketentuan-Nya.
Doakan
aku, agar satu saat nanti. Nikmat yang aku inginkan itu, Allah pinjamkan
kepadaku. Moga dengan nikmat itu, aku dapat menjadi hamba yang lebih dekat
dengan-Nya.
Cikhijrah.
21102016. 1826hrs.