بسم الله الرحمن الرحيم
Pengakhiran hidup manusia bukanlah di ukur pada saat siapa dia yang dulu. Tapi, pengakhiran hidup manusia itu diukur pada saat siapa dia yang sekarang.
Tidak mustahil
untuk seseorang itu berubah dari yang jahil kepada yang lebih alim. Dari yang
baik kepada yang lebih baik. Bahkan perubahan dari yang alim kepada yang jahil
dan dari yang baik kepada yang jahat, juga tidak mustahil.
Hati ini milik
Allah. Dan sifat hati itu sendiri berbolak- balik. Sebab tu kita perlu sentiasa
mintak pada Allah, "Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku untuk terus berada
pada jalanMu." Sebenarnya, tak kisah pun nak guna bahasa apa. Bahasa Arab
ke. Melayu ke. Tamil ke. Korea ke. Guna lah bahasa apa pun, sesungguhnya Allah
itu Maha Memahami. Yang penting, kita faham apa yang kita minta sebab bila kita
faham, penghayatan itu akan lebih baik. Daripada kita nak baca doa dalam bahasa
Arab, dan tersalah sebut. Itu lebih membahayakan sebab takut apa yang kita
sebutkan itu sesuatu yang negatif. Na'uzubillah min zaalik.
Ustazah ada
pesan,
Bila mana kamu
rasa kamu berbuat sesuatu kebaikan itu demi menunjuk kepada orang lain. Atau
mungkin kamu berbuat kebaikan itu untuk tujuan kamu ingin mengahwini perempuan
ataupun lelaki yang baik. Atau mungkin juga, kebaikan yang kamu lakukan itu
untuk kamu bangga-banggakan dan dalam bahasa mudahnya, kebaikan yang kamu
lakukan itu bukanlah untuk Allah tapi untuk kepentingan diri kamu, nescaya kamu
telah rugi. Akan tetapi, kasihnya Allah itu pada hambaNya, kerugian itu tidak
kekal lama sekiranya kita berjaya mengubah hati kita untuk ikhlaskan. Sentiasa
perbaharui niat kita agar apa yang dilakukan, segalanya untuk Allah. Moga kita
mendapat redha-Nya.
Timbul satu
persoalan,
Bagaimana jika
kita susah untuk mengubah niat? Sebab setiap kali membuat perkara tersebut,
selalu saja rasa ikhlas itu seperti tiada.
Sahabatku,
Keikhlasan itu
tidaklah semudah yang kau bayangkan. Sungguh, ikhlas itu sudah banyak
ditamsilkan dengan tamsilan bahawa ianya sukar dilihat juga sukar untuk
dipastikan. Dalam berbuat kebaikan, pasti musuh kita yang utama yakni syaitan
akan cuba sedaya upayanya untuk menghancurkan amalan kita dengan menambah
segala perasaan yang tidak baik seperti ingin menunjuk-nunjuk, inginkan pujian
dan segala yang seangkatan dengannya.
Sahabatku,
Sungguh, kebaikan
itu membantu menghapuskan kejahatan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Hud
ayat 114 , boleh rujuk m/s 234.
Firman-Nya :
﴿
إِنَّ
ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّئَِّاتِۚ ﴾
Sesungguhnya, amalan-amalan
baik itu menghapuskan amalan-amalan yang buruk
Sebab itulah kita kena sentiasa tetap berbuat kebaikan
meski kadang kala hati itu terasa berat dan ingin berputus asa. Semua itu hanya
mainan syaitan semata-mata. InsyaAllah, lama kelamaan kita sendiri dapat rasa
kesan kebaikan yang kita lakukan.
Akan tiba hari di mana keikhlasan itu akan datang dengan
sendirinya dan kita tidak lagi berharap pada yang lain. Bersabarlah,
sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.
الله اعلم