Pages

Friday, October 21, 2016

Harapan

بسم الله الرحمن الرحيم

Cukup tiga sem telah berlalu. Sekarang dah mula cuti sem. Lama tak lama, dekat dua bulan jugaklah.

Teringat dulu sebelum pindah belajar ke sini. Ramai yang pertikaikan keputusan aku untuk pindah. Membezakan taraf universiti tempatan dan universiti swasta. Pada aku, swasta atau tempatan bukanlah isunya. Tetapi, cara kita menilai dan menghargai ilmu itu lebih utama. Tak semua pelajar universiti tempatan berjaya, tak kurang jugak pelajar universiti swasta yang berjaya. It's all depends on how you value it.

Dulu, semasa pertemuan pertama mentor mentee. Soalan popular selepas disuruh perkenalkan diri, " Kenapa pilih course ni?"

Waktu tu, macam-macam jawapan yang aku dengar dari kawan-kawan sekeliling.

Jawapan daripada bakal hafiz-hafizah yang baru nak mula,
" Mak ayah saya suruh saya ambil course ni."
" Sebab course ni je yang saya dapat."
" Family saya yang daftarkan saya. Saya ikut je."
" Saya memang nak ambil course ni. Nak cuba menghafal."

jawapan daripada hafiz-hafizah yang berpengalaman,
" Sebab saya nak mengulang. Saya takut hilang nikmat ni."
" Nak habiskan hafalan. Kat sekolah tahfiz dulu tak sempat habiskan."

Aku?
Dengan jujurnya + selambanya aku jawab, " Saya dengki dengan orang yang meghafaz al-Quran." Dan-dan kena pandang. Aku pun jelaskan, " Saya dengki dengan orang yang menghafaz al-Quran. Saya dengki dengan orang yang hidup dengan al-Quran. Kalau boleh, saya nak macamtu jugak." Terus tertunduk malu. Mungking sebab perkataan dengki itu kedengaran kurang baik. Dan mungkin aku malu sebab majoriti mereka memang dah pernah menghafal. Sedangkan aku? Baru hendak mula. Surah lazim pun sangkut lagi, inikan pula surah yang panjang.

Hari demi hari berlalu,
Aku dapat lihat dengan jelas, kenapa Allah pilih aku untuk ke sini.

Kata orang,
" Alaa, hafal al-Quran je. Kat mana-mana pun kau boleh buat. Bila-bila kau nak pun kau boleh buat. Yang penting, kau usaha."

Pada aku, tak semudah itu. Mungkin faktor iman yang terlalu lemah dan mudah terpengaruh dengan benda-benda lagha ni. Aku jadi rasa susah nak jadikan impian tu sebagai sesuatu yang nyata jika aku bersendiri. Aku perlukan bi'ah (suasana) yang menggalakkan aku untuk hidup dengannya. Dan kerna itu, Allah hantar aku ke sini.

Sedangkan bila hidup dengan bi'ahnya pun, aku kadang-kadang tersungkur. Inikan pula jika aku sendiri. Sedangkan bila hidup dengan bi'ahnya pun, aku boleh lost. Inikan pula jika aku sendiri.

Sungguh,
Aku masih belum mampu lazimi diri dengannya.
Aku masih belum mampu menjaganya dengan baik.
Aku masih belum mampu untuk lawan rasa malas.
Aku masih belum capai banyak perkara.

Semoga,
Allah beri aku peluang untuk aku rasai nikmat hidup dengan Al-Quran.
Semoga,
Allah beri aku peluang untuk aku kembali pada-Nya.
Semoga,
Allah kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran.
Semoga,
Allah beri aku peluang untuk aku bahagiakan ummi dan walid di akhirat kelak.
Semoga,
Allah kurniakan aku apa yang aku hajati sekiranya itu yang terbaik. Dan jika apa yang aku hajati itu, bukanlah yang terbaik untuk aku dan hidupku, semoga Allah kurniakan aku hati yang tenang untuk menerima ketentuan-Nya.

Doakan aku, agar satu saat nanti. Nikmat yang aku inginkan itu, Allah pinjamkan kepadaku. Moga dengan nikmat itu, aku dapat menjadi hamba yang lebih dekat dengan-Nya.


Cikhijrah. 21102016. 1826hrs.