Pages

Saturday, June 17, 2017

بسم الله الرحمن الرحيم

170617 | Sabtu | 0019hrs

Allah,
Sungguh kekuatan itu tidak mudah untuk dikumpulkan.
Sungguh bersangka baik itu tidak mudah untuk dilakukan.
Sungguh bersabar itu tidak semudah kata-kata.

Allah,
Benar.

Ujian itu tidak dihantar andai kita tak mampu.
Ujian itu dihantar tanda ingatan Allah pada kita.
Ujian itu tanda cinta dan kasih Allah pada kita.
Ujian itu penghapus dosa setiap insan.

Tapi,
Sebagai hamba yang masih bertatih dalam dunia ini. Ujian ini terasa sangat berat.

Bantu aku, ya Allah.

Kekuatan itu adalah milik Mu.
AlQuran itu adalah milik Mu.
Ilmu itu adalah milik Mu.
Kesayangan-kesayangan aku adalah milik Mu.
Manusia-manusia juga milik Mu.
Bahkan,
Seluruh isi di muka bumi ini adalah milik Mu.

Bantu aku, ya Allah. Hanya Engkau yang Maha Tahu dan Maha Memahami.

Maafkan aku, andai detik hati sedikit berpaling dari Mu.

Pimpin aku kembali ke arah Mu, ya Allah.

Aku tak ingin berjauh kembali.

Thursday, February 9, 2017

بسم الله الرحمن الرحيم

There's always a time. Yang datang tanpa kau minta. Dan tanpa kau duga.

Bilamana kau terfikir,
"Mampu ke aku untuk terus ada di jalan ni?"
"Sudi ke Allah pilih aku yang hina ini untuk terus ada disini? Atau aku akan berhenti separuh jalan?"

Ditambah dengan kehadiran seorang sahabat yang jauh lebih mulia akhlaknya daripada engkau. Yang jauh lebih tinggi tahap kesabaran dan keyakinannya kepada Allah. Yang lebih tinggi usahanya untuk menjaga kalam Allah berbanding engkau.

Engkau rasa engkaulah sejenis manusia yang tak reti bersyukur atas kelebihan yang Allah beri pada kau.

Dibandingkan diri kau dengan dia.

Meskipun kelebihan yang ada pada diri kau buat dia rasa cemburu. Tapi kau patut lebih cemburu kepada dia. Kerana dia lebih ketat menjaga hafalannya berbanding engkau.

Tolong sedar diri, syazwani.

Rasulullah s.a.w  ( اللهم صلى على محمد ) pun dapat alQuran dengan susah payah. Takkan kau expect kau boleh dapat tanpa usaha yang keras. Takkan kau expect kau boleh dapat dalam sekelip mata. Takkan kau nak samakan diri kau dan bandingkan diri kau dengan manusia yang Allah dah pilih lebih awal di jalan ini berbanding diri kau.

Tolong, syazwani.

Tolong ingat bahawa benda yang kau cuba perjuangkan sekarang bukan benda yang mudah. Memang sukar. Bahkan sangat sukar. Minta Allah bantu dari awal hingga ke akhir. Tolong jangan pernah lupa bahawa semua milik Allah. Tolong ingat bahawa yang pilih kau untuk ada di jalan ni, adalah Allah. Tolong bersyukur sebab Allah dah pimpin kau ke jalan yang banyak orang2 yang boleh bantu kau ingat kepada Allah. Tolong bersyukur, syazwani.

Perjuangan kau takkan habis sampai bila-bila. Mohon kekuatan daripada Allah.

Maafkan aku, ya Allah.

09022017 | Khamis | 0128hrs