Pages

Saturday, September 28, 2013

Jangan HAMPIRI zina !

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..

Sebelumnya, nak petik kalam Allah:
   Mafhumnya, " Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. " ( Al-Isra' : 32 )

Rasanya ayat nie dah terlalu popular! betul tak.? orang selalu sebut, " La Taqrabuu Zina " .. tapi sedalam manakah penghayatan kita utk ayat di atas?

berdasarkan firman Allah seperti di atas, Allah dah terang-terangan LARANG kita utk MENDEKATI zina, apatah lagi MELAKUKAN zina itu sendiri.. sedarkah kita bhwa zina ini bukan sekadar kita berdua-duan dgn seseorg yg bukan mahram kita? tapi zina ini LUAS.. sebagaimana dalam hadis Rasulullah S.A.W, sabdanya,

   " Kedua-dua tangan juga berzina, dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina, dan zinanya adalah berjalan ( menuju ke tempat pertemuan ). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman. " ( HR Muslim dan Abu Daud )

berbalik kpd hadis di atas, saya nak highlight kan mengenai zina mulut. Pada pendapat saya laa, zina mulut nie tak tertakhluk kpd ciuman semata. tapi juga merangkumi madah2 manis yang keluar memujuk rayu hati insan lain. madah2 yang d ungkapkn sehgga mmbuatkn insan yg mendgrnya atau mmbcanya kian leka dan boleh menyebabkan insan itu terus hanyut dan semakin melupakan cinta yang MAHA ESA..

Apabila madah yang d ungkapkan itu telah memberi effect sebegitu rupa kpd insan tertntu, sedarlah, bhwa kita telah menarik org yang KONONNYA kita sayang KERANA ALLAH itu utk ke lembah zina yg boleh menjerumuskan kita ke dlm lembah neraka. Na'uzubillahu min zaalik..

kalau btul kita sayang si dia  kerana Allah, kenapa kita perlu tarik dia utk buat zina dgn kita? kenapa kita bawa dia utk buat zina hati bnyak2 ? kenapa kita buat si dia  itu  mengingati dan menggilakan kita lebih dari si dia  mengingati dan menggilakan cinta Allah? kenapa? sedarlah, dgn melakukan semua itu.. kita dah mengundang murka Allah. sanggupkah kita utk menghdpi azab Allah d akhirat kelak.? sanggupkah??

mengapa tidak kita mmbawa fitrah CINTA yang suci itu ke jalan yang di redhai olehNya? sebagaimana dalam hadis baginda S.A.W, sabdanya :
   " tidak ada yang lebih patut bagi dua orang saling mencintai kecuali nikah. " ( HR Ibni Majah )
YA ! nikah lah jawapannya..

ummi dan walid selalu pesan kat kami,
   " daripada korang buat dosa bnyk2 dgn org yg korang sayang, baik korang kawin awal.. takperlu hiraukan org lain nak kata ape.. yang pntg NIAT kita nk kawin awal tu utk elak maksiat yg kita lakukan itu semakin berlnjutan.. "

Jodoh itu rahsia Allah. sejauh mana dan sehebat mana pun perancangan kita utk mendapatkan org yg kita sayang tetap tidak akan jadi tanpa izin Allah.. minta lah petunjuk daripada Allah dan minta lah kekuatan agar kita d kuatkan hati kita d jalanNya. sekiranya si dia memang jodoh kita, Allah pasti akan mmpertemukan semula. perancangan Allah sangat hebat dan teliti. Usah risau. yang pnting, kejar cinta Allah dahulu..

peganglah kata2 ini :
  " jika dia boleh meninggalkan Allah utkmu, percayalah.. bhwa dia pasti boleh meninggalkanmu utk prkara lain.. "

Renungkanlaa.. 

sebenarnya, kalo nak ckp psl tajuk nie.. sangat bnyk! insyaAllah, nnt saya akan tambah.. biiznillah..
semoga perkongsian kali ini bermanfaat utk kita semua.. maaf atas salah dan silap.. sekiranya, ada ilmu yang sy trslh bg, tegurlah.. diri ini masih belajar.. msih blum sempurna bahkan takkan pernah smpurna pun..

wallahu'alam.. :))

No comments: