Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
" Something wrong kt tudung ... tu maksud aku tudungnye kecik sgt.x tutup dada full..so cmne tu?blh ke muslimah pakai tudung cmtu? So cmne ni ustazah syazwani?"
Okeyy, abaikn gelaran ustazah tu.. Sy hnya plja biasa.. Perbincangan kami brlnjutan dgn sgt pnjg..
Secara ringkasnya, dgn mmbca soalan pun.. Kita sbg umat Islam dlm dunia yg serba canggih nie.. Patutnya dh terlebih aware dgn syarat pemakaian.. Btul tak? Dh trllu bnyk media dakwah yg berjuang menyedarkan kita yg smkin hanyut dalam dunia yg mewah ini.. Sayangnyaaa, kita abaikan semua tu.. Kita endahkan semua tuu.. Sedar tak? Yg kita sbnrnya menolak hidayah drpd msuk dlm hati tatkala kita melakukan sedemikian rupa.. Na'uzubillah..
Okeyy, back to the topic. Batas pemakaian? Dalam surah al-Ahzab ayat 59, mafhumnya,
"wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar ) ..."
Merujuk ayat di atas, kita dah boleh faham sepatutnya.. Allah tidak pernah menetapkan apa pakaian yg kita perlu pakai.. Tapi Allah telah menetapkan garis panduan dlm cara pemakaian kita.. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya,
" bahawa anak perempuan apabila ckup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan. " ( HR Abu Daud )
Mksd ckup umurnya di sini, ialah telah baligh.. Semua pun tau rasanyaa :) jadi, dalam hadis di atas, dah menunjukkan betapa Allah itu ingin menjga kaum wanita.. Allah ingin menjga kehormatan kita.. Kalau Allah berusaha menekankan kepada kita untuk menjga kehormatan kita dan maruah kita yakni aurat, mengapa kita dengan pnuh bangga menjatuhkan maruah kita depan ajnabi?
Nak pakai ape pun, pakailah. Blouse? Pashmina? Shawl? Nak lilit mcm mna pun, lilitlah. Boleeeh sangaaat! tapi INGAT ! Syarat pemakaian tu lepas.. Pastikan bntuk badan awak yg comel lagi langsing tu tak nampak. Pastikan pergelangan tangan awak tu tertutup. Pastikan tudung awak tu tak jarang. Tak menampakkan leher awak tu. Pastikan juga tudung awak tu labuh menutupi dada. Kan Allah dah suruh? Ayat "belum sampai seru" tu awak tak boleh gunaa.. Allah dah lma bg seru kat awak.. Awak jee yg perlu buka hati dan gapai cinta Allah dgn ikut perintahNya.. Kan Allah itu Maha Pengampun ? :)
Sayang, aurat kita mahkota kita. Aurat kita maruah kita. Takkan lah nak bagi org lain tatap mahkota kita. Nanti untuk suami, mcm mna? :)
Tak rugi pun awak tutup mengikut syariat. Tak rugi pun. Even sebesar zarah pun takde kerugian yg akan awak alami. Percayalah :) malah,.kebahagiaan yg awak akan kecapi.. Why? Because others will respect you. Others will feel afraid to disturb you. And the most awesome thing is, Allah loves you! :D surely we want Allah to love us, right? ;)
So, lets change together! Abaikan kutukan2 insan lain. Abaikan segala cacian and hinaan org pada awak. Awak ada Allah ! Itu yg penting. Sebab akhirnya, kita akan tinggal semuaaaa insan kat dunia nie utk pergi brjmpa Allah..
" mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. "
Kuatkan diri demi Allah. Tabahkan hati demi Allah. Mohon kekuatan dari Allah. Pinta kesabaran dari Allah. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan mati . Kita pasti akan pergi bertemu Rabb. Andai anda perlukan bantuan, insyaAllah, sy sudi membantu. Emel sy dh bg, tggl hntr je emel kat sy :) insyaAllah, kita sama2 mengejar jannahNya yaa? :D
Ingatlah, biar manusia tidak menyenangi perbuatan kita yg menurut perintah Allah. Asalkan Allah suka akan kita. Cinta Allah itu penting. Biar hilang kawan di dunia. Asal ada Allah hingga ke akhirnya. InsyaAllah..
Rasanya, dah terlalu bnyk sy bebel.. ==' Okeyy, setakat ini shja.. Andai ada salah dlm entry kali ini.. Tegurlah. Diri ini tidak sempurna..
Wallahu'alam.. :)
No comments:
Post a Comment