Pages

Thursday, August 28, 2014

The start of everything.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila hati sering resah.
Bila hati di luar kawalan.
Bila hati mula pentingkan ciptaan dari Sang Pencipta.
Bila hati lebih pentingkan dunia dari akhirat.
Bila hati mula untuk memberontak dan meronta dengan segala kesusahan dan ujian dari Dia.
Bila hati mula untuk terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya.
Bila hati lebih bergantung kpd ciptaan dari Sang Pencipta.

Senang cerita,
Bila hati dan diri semakin jauh dari Allah.

Ubati 'dia' dengan zikrullah.
Ubati 'dia' dengan zikrulmaut.

"Jika engkau ingin berinteraksi dengan Allah, solatlah. Sekiranya engkau ingin Allah berinteraksi denganmu, maka bacalah al-Quran."

"sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

Kenangkan segala nikmat yang telah di nikmati. Kenangkan segala kegembiraan yang pernah dilalui. Kenangkan  segala kejayaan yang pernah dikecapi. Kenangkan semula kenangan bersama insan-insan tersayang. Kenangkan kembali saat-saat tiada yang membantu, tapi Dia setia menemani kita. Kenangkan kembali saat-saat kita cemas akan sesuatu, dan Dia sering membantu menenangkan kita. Segalanya berlaku atas izin Dia.

Tak lupa juga,

Kenangkan kembali, saat-saat tiada siapa yang boleh membantu, hanya pertolongan Dia yang kita harapkan. Bukankah itu menunjukkan kebergantungan kita terhadap Dia sangat tinggi? :))

"Tiada apa yang berlaku dalam dunia ini tanpa pengetahuan Dia. Even gugurnya sehelai daun."

Jangan pernah izinkan hati untuk su'uzon dengan Allah. Jangan!  Kita cuma makhlukNya. Kita tak berhak untuk su'uzon dengan Dia. Dia lebih mengetahui. Apa yang terbaik untuk kita. Rancangan Dia jaaaaauh lebih baik daripada apa yang kita rancang.

"ya Allah, tetapkan hatiku untuk terus berada dijalanMu. Jangan Engkau izinkan aku untuk jauh dariMu. Bantu aku untuk menjaga hati ini demi Mu, ya Allah. Pinjamkan aku kekuatan agar aku dapat menyimpan apa yang sepatutnya dalam hati ini. Dan hilangkan segala yang sepatutnya berada dalam 'tanganku' dan bukan hatiku. Hanya Engkau yang Maha Kuat. Bantu aku, ya Rabb."

Aamiin ya Rabb al 'alamiin.

Mohonlah kekuatan hanya dari Dia, yakni Allah.

Bukan keluarga.

Bukan sahabat.

Bukan guru.

Bukan ustaz atau ustazah.

Dan yang pasti,

Bukan insan yang belum halal buat kita.

Mereka cuma asbab untuk Allah beri kita kekuatan. Asalnya, segalanya tetap dari Allah.

Yakinlah,
hanya Allah yang boleh membantu.
Takkan ada insan lain yang dapat bantu, melainkan dengan izinNya.

Teringat bait-bait lagu yang pernah didengari,

Cintakan bunga akan layu,
cintakan manusia akan mati,
cintakan Allah,
Kekal selamanyaa.
Itulah cinta,
cinta yang hakiki.

Cukup. Cukup seksa hati dengan perkara yang tak sepatutnya. Bahagiakan hati dengan sayang dan cinta kepada Allah. Serahkan hati sepenuhnya kepada Allah. Pasti, Dia takkan kecewakan kita. Takyah risau. Janji Allah itu pasti! :))

"Every hardship, comes with ease."

Keep smiling. Because only Him who can cure your heart. Keep your faith and start a new life. A life where you put Allah in your heart, and the dunya in your hand. InsyaAllah.

May Allah ease our way. Aamiin :))

Wallahu'alam.

Saturday, June 7, 2014

Selamat pagi ! :))

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama blog ini bersarang. Hanya ingin saling menasihati.

Selamat pagi.

Mulakan pagi dengan senyuman meskipun hati terasa berat.

"senyum itu sedekah." :))

Hati perit. Hati gundah. Hati resah. Hati senang. Hati tenang. Semuanya hanya kita dan Allah yang tahu. Insan lain takkan mampu memahami melainkan yang Maha Kuasa. Insan lain hanya pandai menduga tapi mereka takkan mampu mengetahui isi hati kita yang sebenar. Kadangkala, kita sendiri tak mampu mengerti apa yang kita rasai. Kerana pemilik hati ini adalah Dia, Allah yang Maha Esa.

" serahkan hati pada Allah, nescaya kamu takkan kecewa."

Smile is sunnah ! :))

Sunday, April 27, 2014

Memaafkan itu mulia. Dan kejayaan :))

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai diriku ,

Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain . Langkah pertama itu ialah memberi maaf .

Namun , terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf . Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf . Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yg membara . Masih terngiang-iang segala kata nista .

Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan . Wajah 'orang bersalah' itu terasa begitu menjengkilkan . Memberi maaf kepada mereka seolah olah menggadaikan harga diri .

Ahhh !

Apakah maruah ini terlalu murah utk disorong tarik dengan harga yg rendah ? Dan cukup sakit , bila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan .

Namun , itu hanya bisik 'hati besar'ku yg melantunkan rasa ego dan marah . Kesat dan kesumat . Tetapi jauhhh dari dalam diri .. ada suara lain yg bergetar .

'Hati kecil' yg tidak jemu jemu  mengingatkan . Suara tulus yg mendamaikan gelombang jiwa . Bisik telus yg meredakan amukan rasa .

Maafkan .. lupakan .. cintakan .. sayangkan ..

Berperang dengan mereka beerti berperang dengan diri sendiri .

Pada sebuah persimpangan rasa , tiba tiba hati disapa oleh sebuah firman ,

"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan . Nescaya engkau akan dapati musuhmu menjadi seolah olah saudara .."
Surah Fussilat : 34

Wahai api , jangan dilawan dengan api . Nanti bakarannya akan membakar diri . Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi dalam hati . Semakin besar dendam itu , maka semakin sakit hati yg menanggungnya . Musuh musuhmu terus ketawa , sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa .

Biarlah musuh musuh itu ketawa sepyus puasnya . Beban rasa ini biarlah aku lepaskan . Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yg pendek itu . Hidup terlalu singkat utk membenci . Bermusuh dengan org lain sama seperti bermusuh dengan diri sendiri . Memaafkan org lain , beerti memaafkan diri sendiri .

What you give , you get back .

Betapa leganya sekarang ! Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan . Pahit . Sakit . Tetapi apabila dilaksanakan , akan terasa kemanisannya .

Manakala kejahatan itu tampak mudah , indah dan manis . Namun apabila dilakukan , pasti ada kekesalan , kepahitan dan keresahan .

Ketika ini terasa benar apa yg selalu didengar dalam tazkirah ,
-yg punya tabsyir dan inzar- bahawa dosa itu sesuatu yg meresahkan .

Dendam itu dosa .

Memaafkan itu pahala .

Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yg fana , sebelum syurga yg baqa .

Kini hatiku tertanya tanya lagi .

Siapa aku yg begitu sukar memaafkan ??

Tuan ?

TUHAN ???

Aku hanya hamba . Hamba !
Sedangkan DIA sang Pencipta itu Maha Pemaaf , Maha Pengampun .
Siapa aku yg kerdil dan kecil ini utk terus berdendam ?

Ya ALLAH ,
ampunkankanlah aku ..
sengaja atau tidak sengaja ,
Sering atau terkadang ,
Aku terlanjur menumpang hak-MU .

Lalu dalam detik yg syahdu ini aku menyeru .
Marilah sama sama kita lalui ...

--> JAMBATAN HATI ..

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir . Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan , dia amat kikir , kecuali org yg mengerjakan solat .."
Al-ma'arij : 19-22

Wallahu'alam :))

Saturday, March 15, 2014

Beauty.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semuaa :))
Moga sentiasa dalam jagaan Allah. Cuaca tak menentu skrg. Bnyakkan minum air dan jaga kesihatan. :))

Okeyy, setakat tu je tip kesihatan. Our main topic for today is BEAUTY.

Teringat satu memori dahulu kala~
*flashback*

A: weyh, aku dengar ada sorang budak nie minat kat kau.

B: kau kot ye pun nak tipu aku, agak2 lah. Dengan ghupe aku cenggini. Pakaian tah pape.

A: kau ingat orang jatuh cinta sebab rupa je ke?  BEAUTY IS UNIVERSAL lah, babe!

Akhirnya, B terdiam.

*back to reality*

Cantik. Hanya satu kata adjektif. Lazimnya, manusia mentafsir kecantikan ini melalui paras rupa semata-mata. Sedarkah kita, rupa paras yang cantik berganding dengan akhlak yang buruk tak bermakna bagi orang yang beriman. Dan rupa paras yang buruk (baginya) bersama akhlak yang indah tetap mampu menawan hati insan lain. Walaupun pada hakikatnya, ciptaan Allah itu tiada cacat celanya. Contoh, Bilal bin Rabah. Yang dikenali sehingga kini. Akhlaknya yang terpuji. Imannya yang kental. Meski rupa tak sekacak Rasulullah s.a.w. Hakikatnya,kecantikan hati akan menggambarkan kecantikan diri yang sebenar. Dan kecantikan yang sebenar hanya boleh di ukur dengan mata hati. Dan bukan mata kasar.Lupakah anda? Bahawa manusia merupakan sebaik-baik kejadian? Allah~ *ketukpalesendiri*

Sebenarnya kann, ada satu rahsia di mana semuaaa makhluk di muka bumi ni perlu tau. Nak tau ape die? :))

Semua ciptaan Allah itu indah belaka.

Mungkin ada yang berasa bahawa beruk itu hodoh. Mungkin. Tapi, pasti ada yang menganggap beruk itu comel pada satu sisi.

Mungkin ada yang melihat harimau itu menyeramkan. Tapi pasti ada yang menganggap bahawa harimau itu manja (pada masa tertentu).

Mungkin ada yang menyangka bahawa kotak kosong itu tiada ertinya. Akan tetapi, pasti ada yang memandang bahawa kotak kosong itu bermanfaat buatnya.

Dan mungkin. Ada yang berasa bahawa dirinya sangat kerdil dalam kalangan rakan-rakan yang lain. Tapi, percayalah. Pasti ada yang melihat kamu lebih menyerlah berbanding teman-temanmu.

Maka, senyumlah.
Syukurilah.
Hargailah.
Dan jagalah dengan sebaik mungkin. Kecantikan yang telah Allah kurniakan.

Wallahu'alam. :))

Sunday, March 9, 2014

Exam. Ujian.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. Hey there!

Esok dah mula ujian penggal 1. Semua tgh sibuk belajar.. Bgus2! *thumbs up*

Okeyy, lihat sini.
Musim exam nie. Semua busy belajar.. Mulalah mentelaah buku tu balik.. Setelah sekian lama di tinggal tanpa teman.. Akhirnya, musim periksa menjadi pilihan untuk ber- dating dengan buku teks... Pheww~

Is this what we're gonna do? Hari periksa,mulalah cari buku tu.. Cari buku nie.. Baca buku tu.. Baca buku nie.. Latihan sana.. Latihan sini.. Sampaikan keluar tuu duk pegang buku untuk study.. Nie belajar untuk ilmu atau untuk periksa? Allah~  "Tepuk dada,tanya iman." -pepatah Melayu yang di islamik-kan..

That's not the point actually. Hehe ^^'

Sebenarnya,

Nak kaitkan dengan hidup kita kat dunia. Selalu di uji. Dengan nikmat, dengan musibah. Tapii, apa persediaan kita untuk menghadapi semua tu? Kenapa ujian kat sekolah tu lagi kita sibuk persiapkan diri berbanding ujian daripada Allah yang kita terima? Sedangkan kita tahu. Bahawa ujian Allah itu selalu ada untuk menduga tahap keimanan dan ketakwaan kita pada Allah. Selalu ada untuk menguji sejauh mana kita kasih dan cinta pada Allah. Selalu ada untuk menilai 'tahap' kesabaran yang sebenarnya tak pernah wujud pun..

Renungkan kembali.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat sering di uji. Dan ujian yang mereka hadapi bukan calang2 ujian. Siap ada yang membuat percubaan untuk membunuh mereka lagi. Perang sana. Perang sini. Semata-mata nak mencari redha Allah. Nak menggapai cinta Allah. Nak tegakkan agama Allah kat bumi nie.. Sedangkan kita? Baru di uji sedikit, dah mengadu kat Allah.. Kononnya tak kuat.. Lupa pada janji Allah? Al-baqarah:286.

Ingat, sayang. Allah takkan pernah mungkir janji. Tak macam manusia. Bukan main lagi janji. Tup2,habuk je tinggal. Ya, kadang2. Bukan kita sengaja nak mungkir janji. Tapi sbb Allah tak izin.. Allah tak izin bukan sesaja.. Tapi sebab Dia tau apa yang terbaik untuk kita.. Ulang perkataan. TERBAIK. Nampak tak? Punyalah Allah sayang kita semua.. *feeling loved*

Husnuzon itu penting! Sangat penting! Ingat. Semat dalam hati. <3

Okeyy, setakat tu je ilham yang ada. Gotta go and do some revision. Huhu.. Harap ada manfaatnya. Walaupun seakan-akan tergantung je entry kali nie.. Hehe ^^'

Oh ya! May the best with all of you yang bakal menduduki sebarang ujian. Baik ujian di duniawi mahupun ujian untuk ukhrawi.. Fi hifzillah semuaa.. Wallahu'alam :))

Pray for me. My family. My teachers. My friends. Dan semua saudara se-islam. May the best with us. Biiznillah :)

Sunday, February 23, 2014

BENCI vs CINTA :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum!



BENCI vs CINTA.

surprised? Heee, calm down~

Actually cuma nak remind diri nie utk tak cepat gelabah bila tgk org lain buat salah je.. 

Well, im just an ordinary girl that trying my best to be an extraordinary slave.. to be exact, Allah's slave..

 so, sometimes.....
Diri nie cpt sgt judge org lain.. bila nmpk org lain buat salah, mula laa hati nie bermonolog..
   "ishh, menyampah btul aku dgn die nie.."
   "erghh~ sakit btul hati aku.."
   "weyh, tolong ah! BENCI gyler aku kt die weyh~"

Astaghfirullahal'azim... hmm, cepat btul brfikir mcm tu.. obvious sgt yg fikiran nie msih tak matang.. obvious sgt yg hati nie masih lemah dalam brkasih kerana Allah.. Allahu Allah~ truk benar! ==' 

Nak tau sesuatu takk? Heee ^^

Someone has told me

" siapa kita nak sakit hati kt org? Siapa kita nak judge org? Siapa kita nak menghukum org? Siapa kita nak judge dosa phla org?  siapa kita nak benci pada org? Diri sendiri tu pun hnya meminjam. Diri sndri tu pun buat dosa tanpa noktah. Diri sndri tu pun selalu kecewakn diri sndri. Apatah lagi Sang Pencipta dan ciptaanNya.. So, tak patut pun perasaan BENCI tu ade dlm hatii tu.. Busuk hati nnt.."


*Dushh*

 Yg tu, mantap! Mmg sentap habis laa.. Every single mingle thing yg d ucap tu btul.. So, im trying so hard utk memantapkn lagi ukhuwah tu. Memantapkn lagi hati nie dalam brkasih sayang lillahi. Memantapkan lagi fikiran nie utk kurangkan gelabah mmbnci insan lain. Kalo bole hlgkn trus pun bgus. Kita nak Allah sayang kita walaupun kita bnyak buat salah. Tapi knpa kita takleh trima dan truskn sayang insan lain andai mereka trsilap langkah? Allahu Allah~ *diri ini teramat sangat terasa*

That's the only point actually. Jom, kita sama2 cuba untuk menerima insan lain even bila dia buat salah. salah seseorg pd kita tak mungkin sebesar salah kita pd Allah. tak rasa malu ke bila benci insan lain sedangkan kita yang lebih berdosa nie pun mengharapkan sayang dan cinta Allah? who knows, kalo org yang kita benci tu sebenarnya lebih dekat pada Allah berbanding kita? wallahu'alam.. husnuzon wahai sahabat2 semua! we're in the same boat. always make mistakes. forgive and forget. try harder. Minta Allah kuatkan hati. Muhasabah diri semula.

sampai di sini sahaja perkongsian kali ini. ampun dipinta andai ada tersalah kata. tersalah maklumat. mohon diampunkan. saya manusia biasa yang buat dosa tanpa noktah. maafkan saya.. insyaAllah, ada masa. Ada ilham. saya update  lagi.. wallahu'alam :)