Pages

Sunday, March 9, 2014

Exam. Ujian.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. Hey there!

Esok dah mula ujian penggal 1. Semua tgh sibuk belajar.. Bgus2! *thumbs up*

Okeyy, lihat sini.
Musim exam nie. Semua busy belajar.. Mulalah mentelaah buku tu balik.. Setelah sekian lama di tinggal tanpa teman.. Akhirnya, musim periksa menjadi pilihan untuk ber- dating dengan buku teks... Pheww~

Is this what we're gonna do? Hari periksa,mulalah cari buku tu.. Cari buku nie.. Baca buku tu.. Baca buku nie.. Latihan sana.. Latihan sini.. Sampaikan keluar tuu duk pegang buku untuk study.. Nie belajar untuk ilmu atau untuk periksa? Allah~  "Tepuk dada,tanya iman." -pepatah Melayu yang di islamik-kan..

That's not the point actually. Hehe ^^'

Sebenarnya,

Nak kaitkan dengan hidup kita kat dunia. Selalu di uji. Dengan nikmat, dengan musibah. Tapii, apa persediaan kita untuk menghadapi semua tu? Kenapa ujian kat sekolah tu lagi kita sibuk persiapkan diri berbanding ujian daripada Allah yang kita terima? Sedangkan kita tahu. Bahawa ujian Allah itu selalu ada untuk menduga tahap keimanan dan ketakwaan kita pada Allah. Selalu ada untuk menguji sejauh mana kita kasih dan cinta pada Allah. Selalu ada untuk menilai 'tahap' kesabaran yang sebenarnya tak pernah wujud pun..

Renungkan kembali.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat sering di uji. Dan ujian yang mereka hadapi bukan calang2 ujian. Siap ada yang membuat percubaan untuk membunuh mereka lagi. Perang sana. Perang sini. Semata-mata nak mencari redha Allah. Nak menggapai cinta Allah. Nak tegakkan agama Allah kat bumi nie.. Sedangkan kita? Baru di uji sedikit, dah mengadu kat Allah.. Kononnya tak kuat.. Lupa pada janji Allah? Al-baqarah:286.

Ingat, sayang. Allah takkan pernah mungkir janji. Tak macam manusia. Bukan main lagi janji. Tup2,habuk je tinggal. Ya, kadang2. Bukan kita sengaja nak mungkir janji. Tapi sbb Allah tak izin.. Allah tak izin bukan sesaja.. Tapi sebab Dia tau apa yang terbaik untuk kita.. Ulang perkataan. TERBAIK. Nampak tak? Punyalah Allah sayang kita semua.. *feeling loved*

Husnuzon itu penting! Sangat penting! Ingat. Semat dalam hati. <3

Okeyy, setakat tu je ilham yang ada. Gotta go and do some revision. Huhu.. Harap ada manfaatnya. Walaupun seakan-akan tergantung je entry kali nie.. Hehe ^^'

Oh ya! May the best with all of you yang bakal menduduki sebarang ujian. Baik ujian di duniawi mahupun ujian untuk ukhrawi.. Fi hifzillah semuaa.. Wallahu'alam :))

Pray for me. My family. My teachers. My friends. Dan semua saudara se-islam. May the best with us. Biiznillah :)

No comments: