Pages

Saturday, March 15, 2014

Beauty.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semuaa :))
Moga sentiasa dalam jagaan Allah. Cuaca tak menentu skrg. Bnyakkan minum air dan jaga kesihatan. :))

Okeyy, setakat tu je tip kesihatan. Our main topic for today is BEAUTY.

Teringat satu memori dahulu kala~
*flashback*

A: weyh, aku dengar ada sorang budak nie minat kat kau.

B: kau kot ye pun nak tipu aku, agak2 lah. Dengan ghupe aku cenggini. Pakaian tah pape.

A: kau ingat orang jatuh cinta sebab rupa je ke?  BEAUTY IS UNIVERSAL lah, babe!

Akhirnya, B terdiam.

*back to reality*

Cantik. Hanya satu kata adjektif. Lazimnya, manusia mentafsir kecantikan ini melalui paras rupa semata-mata. Sedarkah kita, rupa paras yang cantik berganding dengan akhlak yang buruk tak bermakna bagi orang yang beriman. Dan rupa paras yang buruk (baginya) bersama akhlak yang indah tetap mampu menawan hati insan lain. Walaupun pada hakikatnya, ciptaan Allah itu tiada cacat celanya. Contoh, Bilal bin Rabah. Yang dikenali sehingga kini. Akhlaknya yang terpuji. Imannya yang kental. Meski rupa tak sekacak Rasulullah s.a.w. Hakikatnya,kecantikan hati akan menggambarkan kecantikan diri yang sebenar. Dan kecantikan yang sebenar hanya boleh di ukur dengan mata hati. Dan bukan mata kasar.Lupakah anda? Bahawa manusia merupakan sebaik-baik kejadian? Allah~ *ketukpalesendiri*

Sebenarnya kann, ada satu rahsia di mana semuaaa makhluk di muka bumi ni perlu tau. Nak tau ape die? :))

Semua ciptaan Allah itu indah belaka.

Mungkin ada yang berasa bahawa beruk itu hodoh. Mungkin. Tapi, pasti ada yang menganggap beruk itu comel pada satu sisi.

Mungkin ada yang melihat harimau itu menyeramkan. Tapi pasti ada yang menganggap bahawa harimau itu manja (pada masa tertentu).

Mungkin ada yang menyangka bahawa kotak kosong itu tiada ertinya. Akan tetapi, pasti ada yang memandang bahawa kotak kosong itu bermanfaat buatnya.

Dan mungkin. Ada yang berasa bahawa dirinya sangat kerdil dalam kalangan rakan-rakan yang lain. Tapi, percayalah. Pasti ada yang melihat kamu lebih menyerlah berbanding teman-temanmu.

Maka, senyumlah.
Syukurilah.
Hargailah.
Dan jagalah dengan sebaik mungkin. Kecantikan yang telah Allah kurniakan.

Wallahu'alam. :))

Sunday, March 9, 2014

Exam. Ujian.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. Hey there!

Esok dah mula ujian penggal 1. Semua tgh sibuk belajar.. Bgus2! *thumbs up*

Okeyy, lihat sini.
Musim exam nie. Semua busy belajar.. Mulalah mentelaah buku tu balik.. Setelah sekian lama di tinggal tanpa teman.. Akhirnya, musim periksa menjadi pilihan untuk ber- dating dengan buku teks... Pheww~

Is this what we're gonna do? Hari periksa,mulalah cari buku tu.. Cari buku nie.. Baca buku tu.. Baca buku nie.. Latihan sana.. Latihan sini.. Sampaikan keluar tuu duk pegang buku untuk study.. Nie belajar untuk ilmu atau untuk periksa? Allah~  "Tepuk dada,tanya iman." -pepatah Melayu yang di islamik-kan..

That's not the point actually. Hehe ^^'

Sebenarnya,

Nak kaitkan dengan hidup kita kat dunia. Selalu di uji. Dengan nikmat, dengan musibah. Tapii, apa persediaan kita untuk menghadapi semua tu? Kenapa ujian kat sekolah tu lagi kita sibuk persiapkan diri berbanding ujian daripada Allah yang kita terima? Sedangkan kita tahu. Bahawa ujian Allah itu selalu ada untuk menduga tahap keimanan dan ketakwaan kita pada Allah. Selalu ada untuk menguji sejauh mana kita kasih dan cinta pada Allah. Selalu ada untuk menilai 'tahap' kesabaran yang sebenarnya tak pernah wujud pun..

Renungkan kembali.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat sering di uji. Dan ujian yang mereka hadapi bukan calang2 ujian. Siap ada yang membuat percubaan untuk membunuh mereka lagi. Perang sana. Perang sini. Semata-mata nak mencari redha Allah. Nak menggapai cinta Allah. Nak tegakkan agama Allah kat bumi nie.. Sedangkan kita? Baru di uji sedikit, dah mengadu kat Allah.. Kononnya tak kuat.. Lupa pada janji Allah? Al-baqarah:286.

Ingat, sayang. Allah takkan pernah mungkir janji. Tak macam manusia. Bukan main lagi janji. Tup2,habuk je tinggal. Ya, kadang2. Bukan kita sengaja nak mungkir janji. Tapi sbb Allah tak izin.. Allah tak izin bukan sesaja.. Tapi sebab Dia tau apa yang terbaik untuk kita.. Ulang perkataan. TERBAIK. Nampak tak? Punyalah Allah sayang kita semua.. *feeling loved*

Husnuzon itu penting! Sangat penting! Ingat. Semat dalam hati. <3

Okeyy, setakat tu je ilham yang ada. Gotta go and do some revision. Huhu.. Harap ada manfaatnya. Walaupun seakan-akan tergantung je entry kali nie.. Hehe ^^'

Oh ya! May the best with all of you yang bakal menduduki sebarang ujian. Baik ujian di duniawi mahupun ujian untuk ukhrawi.. Fi hifzillah semuaa.. Wallahu'alam :))

Pray for me. My family. My teachers. My friends. Dan semua saudara se-islam. May the best with us. Biiznillah :)