بسم الله الرحمن الرحيم
It's been a while since it had been a hectic day back then.
But, الحمد الله I managed to survive.
Perancangan Allah cukup indah.
Cuma saat kita melaluinya, kita masih terawang-awang sebab kita tak nampak apa hikmah disebalik semua itu. Lagi-lagi, saat kita lalui semua tu laa iman tengah down sangat. huhu
Teringat saat Allah uji untuk membuat pilihan sama ada memilih USIM dengan course Syariah dan Undang-Undang ataupun memilih tajaan MARA untuk ke New Zealand selepas 2 tahun di Kolej Yayasan Saad, Melaka untuk course accounting. Waktu tu memang teruji.
Ummi walid pesan,
"buat keputusan elok-elok. Jangan sampai menyesal."
" solat istikharah lah. Mintak Allah tunjuk mana yang baik untuk kau."
and it continues dengan nasihat-nasihat yang lain. Maklumlah, makayah mana yang taknak tengok anak dia bahagia.
Then, ummi bagi cadangan buat pros and cons untuk kedua-duanya. I did senarai tu.
And I found out, I'm in dilemma.
Tiba hari pendaftaran di USIM, Allah~ dia punya pressure tuu. hanya Allah yang tahu. punyalah lama duk pikir nak pilih yang mana. Dipendekkan cerita, Syazwani pilih tajaan MARA. So we did go to USIM untuk ambil balik bayaran yang dah dibuat.
Malam tu, dapat tau yang kat KYS mostly kna pakai seluar, yang mana Syazwani sangat tak suka pakai seluar bila keluar. Sangat-sangat-sangat tak suka. memang malam tu dah rasa tak sedap dah. Tapi, keputusan dah dibuat. Mana mungkin boleh di undur kembali. Sebagai ummi yang punya firasat keibuan yang sangat kuat. Ummi asyik tanya, " kau betul ke ni okey? nak menyesal pun dah takboleh kan.." and I was like, " ye, syaz okeyy je." *smbil mengangguk dalam keresahan hati* pagi tu sebelum subuh, nampak ummi menangis. tersentak jugak. kenapa nangis tibe2. then ummi datang peluk erat2. Ya Allah, apa aku dah buat. by the time ummi peluk, I did cried jugak. Ummi tanya lagi buat kesekian kalinya, "betul ke ni kau okeyy?" but then Syazwani teragak-agak nak jawab. yelaa, hati tengah resah sebab rasa macam dah salah buat pilihan. Dan! Takkan dapat disangkal. Naluri ibu memang kuat. Allah bagi kelebihan mcm tu pada seorang ibu. So, lepas je ummi dah gerak g sekolah. Syazwani pun mundar mandir kat ruang tamu cari cara macam mana kalo aku nak masuk USIM balik. Malu memang malu. sebab dah siap buat tuntutan semula duit untuk keluar. Tapi, Allah bagi kekuatan dan keberanian untuk call dan urus sendiri. Cari tau balik kalo nak masuk kena buat macam mana? Pergi mana? Rujuk mana? For the first time ever, I did it on my own. Biasanya benda-benda macamtu, walid je yang settlekan.
So satu perubahan positif telah berlaku. Alhamdulillah.
Once dah dapat masuk USIM. memang agak banyak jugak lah pertanyaan.
" kenapa tolak MARA?"
" tak sayang ke? peluang bukan selalu datang.."
" Serius ke weyh kau tolak MARA? pergi NZ weyhh. aku kalo dapat, confem aku pergi."
and so on.
My life continues. Alhamdulillah. Im happy to be there. So many things I've learned there. Ditambah dengan lecturer-lecturer yang hebat. Sahabat-sahabat yang mesra dan selalu sudi membantu. Bijak-bijak mereka tu. Memang happy. Alhamdulillah. Btw, law takde lah teruk sebenarnya. Quite interesting. sebab kita dapat tau hak kita apa. and it actually melibatkan hidup kita sendiri. that's why I said it is interesting.
Maka berlalulah hari demi hari sambil sungguh-sungguh kutip ilmu kat USIM.
Daaan tiba-tiba, hari tu tiba...
(sebab kita tak mampu nak jangka perancangan Allah)
Selepas beberapa minggu di USIM. Saya keluar USIM dan masuk KUIS. Sampai sekarang bila orang tanya "macam mana boleh pergi sana (KUIS) pulak?" " kenapa kat KUIS pulak?" dan soalan yang seangkatannya, saya tak tau nak cakap macam mana. "Semuanya perancangan Allah." itu je lah yang mampu di katakan.
Sepanjang menjalani hari demi hari di KUIS, Allah tunjuk satu demi satu hikmahnya sehingga menyebabkan diri ini menangis sendiri kenangkan betapa besarnya kasih sayang Allah. Tapi diri ni sukar sangat nak bersyukur. Cepat sangat leka dengan keindahan dunia yang sementara.
Maafkan hamba, ya Allah.
Okeyy, sepertinyaaaa. Cerita kat atas tu tak tau untuk apa. ==' memandangkan dah taip, biar jelah. Semoga nampak yang tersirat di sebalik kisah tu.
Jadiiii, isinya disini adalah :
1) Setiap ujian yang Allah bagi kat dunia ni. taklain tak bukan untuk kebaikan kita sendiri. mgkin makan masa untuk kita lihat hikmahnya. tapi, bersabarlah dan yakin bahawa Allah TAHU apa yang Dia lakukan.
2) Bila dah sedar hikmahnya, cepat-cepat lah bersyukur dan mohon ampun kat Allah kalo-kalo waktu awal-awal tu kita mengeluh ataupun bersikap tak redha.
3) Kalo tak sedar-sedar jugak, silalah mohon Allah tunjuk hikmahnya dan buka hati untuk yakin dengan perancangan Allah. PASTI, takkan ada kekesalan melainkan kesyukuran atas perancangan Allah.
4) . . . . . . . . . . (sila isi sendiri)
Pointnya simple je sebenarnya. cerita yang melalut tu taktau lah untuk apa. ==' mungkin boleh disimpan sebagai kenangan bila baca balik after end of Diploma. ^^'
Moga ada manfaatnyaa perkongsian kali ini. Mohon maaf untuk segalanya. Terima ksih untuk segalanya. Especially ummi dan walid tersayang. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan dunia dan akhirat kita. Semoga kita dapat memanfaatkan ilmu yang kita ada untuk menyumbang kepada ummah.
.الله اعلم، الحمد الله لكل حال
1 comment:
Semoga berjaya dalam hidup syazwani celemans
Post a Comment